Monday 30 March 2015



ASKA Serendah, 28 Mac 2015... Satu program pemantapan sahsiah telah dijalankan di Asrama Kasih Serendah selama dua hari ..Program ni dianjurkan oleh bdk2 UPSI utk subjek diaorang...satu program yg agak menyeronokkan..fasi-fasi pun sempoi....paling tidak boleh dilupakan bila depa sambut besday kami semua...fuhhh, sekali cupcake sedap gler....cayalah TEAM UPSI n ASKA....

Sunday 22 March 2015



Alhamdulillah, telah berlangsung mesyuarat agung Pengawas ASKA 2015 buat julung kalinya pada 21 Mac 2015 yang dipengerusikan oleh Pengetua ASKA sendiri. Mesyuarat yang berlangsung hampir 2 jam itu membincangkan berkaitan aktiviti-aktiviti dan tindakan yang telah dilakukan sepanjang bulan Januari sehingga Mac serta usul utuk penambahbaikkan berkaitan Hal Ehwal Pelajar.


Alhamdulillah pada 20 Mac yang lalu telah berlangsung taklimat Headcount yang disampaikan oleh Pn. Mazmin, Pengetua SMK Serendah. Taklimat headcount yang disampaikan adalah berkaitan kaedah mengira markah peperiksaan yang akan direkodkan ke dalam Buku Hedcount setiap pelajar bagi tujuan rekod dan analisa akademik ASKA.